Saturday, 13 April 2013

#7

13.09.2009

kata-kata kamu tak serupa yang dibuat.
apa yang dibuat tak serupa yang dijanji.
janji yang kosong, manakan boleh ditepati.

bahagia yang diberi sementara sahaja.
luka yang diberi, apa kurangnya?

sering dibela yang ingin menjatuhkan.
selalu dibiarkan yang setia membela.

kata cinta di mulut sahaja.
bercinta setakat untuk mengguna-guna.
"berikan ku semangat, berikan ku masa."
lupakah kamu, masa tidak menyebelahi kita?

bila semua impian rosak sudah,
dipersalahkan setiap gerak dan usaha,
"aku tidak disuka, aku benci sangat!"
niat yang murni disangsi dan dikhianat.

"ini bukan kehidupan ku.
aku tak bahagia!
semua untuk mu!
kau tak menghargai!
kau buta! kau tuli!
namun kau, tak pernah pula aku benci."

aduh, kata-kata ini diulang berkali-kali.
tidak perlu kau kelirukan minda
sakitkan hatiku
rosakkan jiwa

"nyah! semua ku buang demimu sudah!
tiada saudara, tiada sahabat kini
di mana dikau, bila ku mencari?
sibuk dengan hal mu tak sudah-sudah
apa pula dengan halku? semua tak diendah?!"

tak pernah diminta membuang dan mengutip
akal yang diberi diguna lah sekali.

bila ada salah dan tidak menjadi
ke orang lain, ditudingnya jari
diuji, disangsi, diugut berkali-kali
mencari perhatian, menyakitkan hati

adakalanya teman yang lama,
bukan mahu meringankan derita
niat manusia, tidakkan diketahui
mana yang jujur, mana yang iri

ada apanya mereka bersyukur
pagi petang hidup mengeluh

"keluarga ku hancur"
"hidup disisih"
"kecil gajiku, apa nak jadi?"
"masyarakat membenci"
"pemerintah tidak adil"
"pembaharuan? ah! tidak selesa! aku dah memang begini!"

dipujuk, dibelai, disayangi sudah
dipukul, dihentak, ditinggal sudah
menangis, mengamuk, ketawa sudah
ah. apa lagi yang nak dikata.

dimintanya aku tidak lah banyak.
kerja yang tetap, jauhi dosa
jadilah kebanggaan ibu dan bapa
jangan diragu kasih sayang keluarga
usah difikir yang berlalu sudah
ada apa konsep "anak yang tengah"
kasih sayang ibu,
adil sama rata

dirimu itu tidak pernah menjadi mangsa
akalmu yang kacau, sangsimu tak sudah

yang jujur, dikatakan dusta
yang ditolong, "ah! ungkit mu tak sudah!"
"mana ikhlas mu?! mana sayang mu?!"
aduh, ada apa motif ku nak lihat kesusahan pada kamu?

jarum dibuang berkali-kali
menangis, melalak, terpekik-pekik
berulang-kali ku cuba fahami
arak jahanam pula yang dicari

"ah! sungguh jengkel pakaian mereka!
apakah tak malu terdedah segala?!"
kata seperti alim sekali
tapi kata dan laku, beza sekali
hendak dielak haiii... mahu bagaimana?
naluri yang tetap,
"kalau dah lelaki... lelaki juga".

kalau kisahku kau tau sudah
kenapa diulang sejarah yang lama
larinya aku dari yang menyeksa
kini giliran kamu pula menyakiti jiwa

apa sahaja yang hendak dibukti?
hadiah yang mahal tak perlu diberi.
harta dunia yang boleh dibeli?
aku sendiri pun
boleh cari.
tidakkah mahu jadi manusia yang disegani
tidakkah mahu didengar,
"hey, dia sudah berubah, dia tidak terpesong lagi!"

sia-sianya kamu lama di sisi...
apa ku mahu, masih kau tak mengerti
setakat bahagia dan ketenangan di hati.
tak ku sangka, susah untuk diberi

selalu ku fikir kalau ada,
mungkin jadi.
apakan daya, hampalah lagi.
yang terbaik, ku undur diri.
pergilah kamu mencari diri.
mencari gaya hidup yang betul serasi.
sudah cukup aku cuba memahami.
dan masaku yang ada, untuk diriku sendiri.
kekurangan di diriku perlu juga dibaiki.

jauhnya aku dari kau yang aku sayangi
mendekatkan aku kepada Ilahi
kalau jalan mu sudah ke pangkal kembali,
alangkah besarnya hati ku ini.

No comments:

Post a Comment